Showing posts with label covid19. Show all posts
Showing posts with label covid19. Show all posts

Wednesday, August 18, 2021

SKATE FOR FUND


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sempena musim pandemik Covid-19 dan 10 Muharram 1443 (19hb Ogos 2021) Kami mewakili skateboarder di negeri Melaka, dengan kerjasama dari *Syukor Burger (cawangan Kampung Morten)* akan melancarkan misi bantuan berbentuk makanan kepada gelandangan di sekitar bandar Melaka. Ini demi mengurangkan sedikit beban mereka sewaktu pandemik ini.

Kepada sesiapa yang ingin turut menghulurkan sumbangan demi menambah bekalan makanan, boleh disalurkan ke Nombor Akaun yang tertera di flyers. 

Sumbangan akan diterima sehingga jam 11.59p.m 18hb Ogos 2021.

P/s: SOP amat dititikberatkan ketika melakukan aktiviti ini.

Jasa baik anda amat kami hargai.

#kitajagakita
#skateforfund #skatemalaysia #sk8msia

Saturday, July 24, 2021

SKATEBOARDING DI BENARKAN FASA 1


Kelonggaran aktiviti sukan seperti skateboarding dibenarkan hanya dikawasan kejiranan anda sahaja.  Pastikan anda tidak leka kerana kes masih tinggi, elakkan kawasan sesak atau ramai orang. Jangan lupa variant delta masih merebak diluar sana. 

Pastikan setiasa amalkan S.O.P.

Hati hati semua ini bukan satu kemenangan lagi. Kelonggaran tidak bererti kita perlu ambil mudah. Skate safe!!!

#skatemalaysia #sk8msia 

Wednesday, July 21, 2021

PUSH FACE MASK



Mask on with style skateboarders!!! 

#Repost from @pushataumati_skateboards by @quicksave.app
・・・
Get your Team Logo Facemask at only RM30.00 (shipping included) DM us now! 
#pushataumatiskateboards #maskataumati #kitajagakita #skatemalaysia

Thursday, July 15, 2021

PPN FASA 2 DI 5 NEGERI





So far baru Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dah beralih ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2. Walaupun KL dan Selangor dah tamat PKPD tapi kes masih tinggi. InsyaAllah soon guys. Kita (KL, Selangor especially) belum lagi PPN.

Dalam senarai SOP PPN Fasa 2 skateboarding dibenarkan hanya secara individu bukan berkumpulan so elakkan skate ramai ramai. Kalau spot ramai pergi ke spot lain. Janji boleh skate or keluar peluh pun jadilah. Pastikan jaga jarak dan aktiviti dilakukan dikawasan terbuka termasuk separa terbuka dalam lingkungan 10km dari kediaman bermula 6am - 8pm sahaja. Apa apa selain dari tu sendiri tanggung risikonya. 

Apa-apa pun kita belum menang. Virus dan kes masih banyak di KL dan Selangor ni dengan variant yang baru simpton yg berlainan dan sebagainya. Jika tiada keperluan tidak perlu keluar rumah. Hargai lah nyawa anda dan juga ahli keluarga tercinta. Stay safe skate safe!!

#skatemalaysia #ppn

Thursday, January 14, 2021

SKATEBOARDING TIDAK DIBENARKAN?






Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan:

Semua aktiviti sukan dan riadah keucali kelonggaran aktiviti jogging dan berbasikal?

Harap YB Reezal Merican Naina Merican  KBSMalaysia agar rujuk semula semua sukan terutama sekali skateboarding kerana sukan kami sukan individual juga dan tiada kes atau kluster dari kalangan penggiat sukan extreme selama ni. InsyaAllah kami semua patuhi s.o.p yang diberi.

Basikal dan jogging bergerak kesana kesini. Kami hanya bersukan di gelanggang skatepark outdoor atau skate spot sahaja. Kurang pergerakan jika nak banding dengan basikal dan jogging. Sekian harap maklum

*Tak dapat tak pa. Saja je try. Dapat skate depan rumah pun jadi la.

Wednesday, January 13, 2021

MOST SKATEPARKS & OUTDOOR PARK CLOSED DUE TO MCO RESTRICTION







Most skatepark like PCP, Bukit Jalil is closed invluding public parks under DBKL. Harap sehingga 26hb jela. Doakan tidak bersambung... 

Jaga s.o.p and stay safe all!!

#Repost from @pcpmalaysiaofficial by @quicksave.app
・・・
We are closed from 13th January 2021 - 26th January 2022 due to MCO 2021 implementation. We are sorry for the inconvenience. stay safe and keep covid away. 

#putrajayachallengepark #pcp #perbadananputrajaya #ppj #putrajaya #extremepark #indoorwallclimbing #skateboarding #wallclimbing #mtb #malaysia #mco #pkp

Wednesday, November 25, 2020

REMINDER FROM BKT JALIL STADIUM


 #Repost from @stadiummalaysia_official by @quicksave.app

・・・
Stay active. Keep fit. Keep your distance.#kitajagakita#maskup#safecommunity#smilewithyoureyes #skatemalaysia #sk8msia

Friday, November 13, 2020

POLICE RAID USJ 1 SKATEPARK


 

Skatepark USJ 1 diserbu Polis 2 hari lalu. Dikhabarkan ada pihak penduduk berdekatan membuat aduan kononnya tidak mengikut s.o.p. Hati hati semua, banyak orang melihat memandang apatah lagi di kawasan perumahan. 

Polis meminta semua bersurai dan tiada sebarang kompaun dikenakan

@mkn_rasmi telah pun keluarkan s.o.p dari awal PKP bulan Mac dan yg terkini bahawa aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal, tackle adalah dibenarkan. Skateboarding adalah dibenarkan. Asalkan patuhi s.o.p iaitu jaga jarak, tidak melebihi 10 orang dlm satu masa or satu kawasan, pakai pelitup muka ketika tidak bersukan, dan jaga kebersihan (bawa hand sanitizer)

Skate safe semua!!!

#skatemalaysia #sk8msia #sk8malaysia #skatemy

Wednesday, November 11, 2020

BBST SKATEPARK AREA UNDER PKPD

 






Hati hati semua. Semalam area BBST kena PKPD. Sebelah je dengan skateplaza BBST. Dinasihati tidak ke kawasan tersebut dalam masa terdekat. Tidak digalakkan. Ayuh kita putuskan rantaian covid19. Skatepark tak lari kemana. Dah habis PKPD dan tak da kes leh la serbu balik. Dikhabarkan area ni byk PATI dan kebanyakkan dah lari so harap berhati hati lah ye. 

#skatemalaysia #sk8msia #sk8malaysia #skatemy #mkn #pkpd #bbst #bbstskateplaza 

Thursday, October 15, 2020

AU5 PARK MYSEJAHTERA QR CODE



 Satu inisiatif yang bagus dari komuniti @au5park . Kudos to all of them. Diharapkan komuniti di kawasan lain juga ambil usaha yang sama (less than RM10 je print warna dan laminate). You guys can do it!!!


Daftar di laman mysejahtera dan QR code akan di send ke email. 

Sama sama kita bantu kerajaan kita terutama sekali frontliners. 

Jangan lupa S.O.P. tidak boleh melebihi 10 orang, jaga penjarakan, bawa pelitup muka dan sanitizer tangan. Kalau tak RM1K kompaun brader.

Nasihat kami, lebih baik stay at home utk 2 minggu pkpb ni. Sama sama kita bantu putuskan rantaian covid19 dulu.  Skateboarder Jaga Skateboarder, Rakyat Jaga Rakyat, Komuniti Jaga Komuniti, Keluarga Jaga Keluarga!!! We can do this! 

#skatemalaysia #au5park #covid19 #mysejahtera 

Tuesday, October 13, 2020

PCP TEMPORARY CLOSED DUE CMCO


 

PCP juga tutup sepanjang PKPB ni guys ..

#Repost from @pcpmalaysiaofficial by @quicksave.app

・・・

We will closed from 14th October 2020 till 27th October 2020 as advised by Majlis Keselamatan Negara for Control Movement Control Order (CMCO)


#putrajayachallegepark #pcp #ppj #perbadananputrajaya #putrajaya #extremepark #skateboarding #mtb #pushbikes #malaysia #skatemalaysia

Monday, October 12, 2020

KL/SEL SKATEPARK UNDER REDZONE





Salam alaikum. These are the 4 skatepark in Klang/Selangor area which is in a redzone area now. Please be careful everyone. Social distancing, hand sanitize and wear face mask. You can do it!!! 


Skate at your own risk! Ingat orang yg kita sayang di rumah. 


#covid19 #skatepark #mysejahtera

 

Ads Inside Post