Thursday, July 15, 2021

PPN FASA 2 DI 5 NEGERI





So far baru Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dah beralih ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2. Walaupun KL dan Selangor dah tamat PKPD tapi kes masih tinggi. InsyaAllah soon guys. Kita (KL, Selangor especially) belum lagi PPN.

Dalam senarai SOP PPN Fasa 2 skateboarding dibenarkan hanya secara individu bukan berkumpulan so elakkan skate ramai ramai. Kalau spot ramai pergi ke spot lain. Janji boleh skate or keluar peluh pun jadilah. Pastikan jaga jarak dan aktiviti dilakukan dikawasan terbuka termasuk separa terbuka dalam lingkungan 10km dari kediaman bermula 6am - 8pm sahaja. Apa apa selain dari tu sendiri tanggung risikonya. 

Apa-apa pun kita belum menang. Virus dan kes masih banyak di KL dan Selangor ni dengan variant yang baru simpton yg berlainan dan sebagainya. Jika tiada keperluan tidak perlu keluar rumah. Hargai lah nyawa anda dan juga ahli keluarga tercinta. Stay safe skate safe!!

#skatemalaysia #ppn

No comments:

Ads Inside Post