Wednesday, July 19, 2023

KIARA SKATEPARK UPGRADE UPDATE


Salam alaikum dan salam maal hijrah Okay dikhabarkan banner ni dinaikkan pada 13hb Julai 2023. Tiada masalah disitu cuma kami berharap dan berdoa supaya kontraktor dan kerja kerja naik taraf sempat disiapkan sebelum tarikh akhir tempoh yang diberi. Kami juga sedia maklum mana mana kontraktor yang melewatkan kerja biasanya akan dikenakan penalti dsbnya. Tapi kami harap skatepark kiara tidak tutup lebih pada tarikh tempoh tersebut walaupun dikenakan penalti. Sebelum ini juga skatepark pernah tutup berbulan bulan malah hampir 1 tahun satu benda pun tak buat (sebelum covid19 dulu lah). Harap perkara ini tidak diulangi dan tidak menyusahkan semua pihak. 

Kami faham ini adalah kompleks milik kerajaan, kami sebagai komuniti juga ada hak utk bersuara dan beri pandangan kami. Kami rasa sedih dan kesal di mana penutupan ini sekali lagi telah memberi kesan yang buruk pada pendapatan peniaga peniaga dan juga jurulatih dalam kompleks tersebut sehingga ada peniaga terpaksa tutup selama 3 bulan kerana menurut mereka pelanggannya semuannya dari kalangan komuniti sukan extreme. Jadi kami harap sangat ia tidak berlanjutan terlalu lama. Selain itu skatepark ini adalah satu satunya yang berkonsepkan separa bumbung di sekitar Kuala Lumpur. Manakala tempat lain semuanya outdoor/terbuka. Dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan iaitu musim panas sebelum ini dan kini bulan Julai musim hujan. Jelas sekali ia telah menjejaskan semua aktiviti aktiviti harian komuniti sukan tersebut. Jadi kami berharap pihak JBS/KBS dapat pertimbangkan dan ambil tindakan secepat mungkin.

Akhir sekali, menurut satu video yang dimuat naik oleh  @gibran_khalilgibran pada petang tadi, menurut beliau masih tiada sebarang kerja dijalankan di dalam gelanggan sukan lasak (nama yg sebetulnya skatepark bukan gelanggang lasak, istilah extreme park dan skatepark adalah dua benda yang berbeza). Alangkah baiknya sekira pihak @jbswpkualalumpur dapat memberi peluang pada komuniti kami untuk berlatih terlebih dahulu sehingga kontraktor telah menetapkan tarikh untuk masuk melalukan kerja? Kerjasama pihak JBSWPKL amat kami hargai. 


Sekian terima kasih

No comments:

Ads Inside Post