Wednesday, August 18, 2021

SKATE FOR FUND


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sempena musim pandemik Covid-19 dan 10 Muharram 1443 (19hb Ogos 2021) Kami mewakili skateboarder di negeri Melaka, dengan kerjasama dari *Syukor Burger (cawangan Kampung Morten)* akan melancarkan misi bantuan berbentuk makanan kepada gelandangan di sekitar bandar Melaka. Ini demi mengurangkan sedikit beban mereka sewaktu pandemik ini.

Kepada sesiapa yang ingin turut menghulurkan sumbangan demi menambah bekalan makanan, boleh disalurkan ke Nombor Akaun yang tertera di flyers. 

Sumbangan akan diterima sehingga jam 11.59p.m 18hb Ogos 2021.

P/s: SOP amat dititikberatkan ketika melakukan aktiviti ini.

Jasa baik anda amat kami hargai.

#kitajagakita
#skateforfund #skatemalaysia #sk8msia

No comments:

Ads Inside Post