Sunday, February 19, 2017

KIARA SKATEPARK RUBBISH!!!


Salam alaikum semua skateboarders dan juga pemain extreme sport yg bermain di Mont Kiara Skate Park.
Ini adalah gambar random. Bukan setiap hari or setiap minggu berlaku, tetapi kami mohon kerjasama semua yg bermain disini ambil berat dengan kebersihan skatepark. Sampah sarap serta sisa makan minum boleh menyebabkan bau busuk, tempat pembiakan nyamuk, bakteria, dll.

Dua bulan lepas terdapat 5 kes denggi di kawasan kompleks sukan ini. Berhati hati ye. Bawa ubat nyamuk or mosquito repellent kalau ada. Kalau ada nampak air bertakung, sila buang kan air tu. Sampah juga buang sekali, dah ada lebih 5 tong dlm kawasan skatepark tu. Sama sama lah kita jaga persekitaran skatepark untuk keselesaan orang ramai. Ia adalah tanggungjawab kita semua.

Sekian. Harap maklum

No comments:

Ads Inside Post