Wednesday, October 21, 2015

KXK2015 POSTPONED


Untuk Perhatian Semua Khususnya Penggiat Serta Peminat Sukan Lasak!!

MAKLUMAN AWAL PENANGGUHAN KEJOHANAN SUKAN X-TREME KEBANGSAAN 2015 (KXK2015)

Berikutan bacaan indeks (IPU) di kawasan Putrajaya menunjukkan pencemaran udara akibat jerebu yang tidak sihat iaitu sebanyak 194 (21 Oktober 2015, 1.00 tengahari), adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan X-treme Kebangsaan 2015 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penangguhan ini adalah berdasarkan keadaan jerebu yang boleh membahayakan kesihatan para atlet dan juga orang ramai. Penangguhan ini juga dibuat setelah diambil kira pandangan dari pihak berwajib serta nasihat pihak penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kami akan maklumkan sebarang perkembangan dari masa ke semasa.

Sekian.

No comments:

Ads Inside Post