Tuesday, November 5, 2013

SALAM MAAL HIJRAH / SELAMAT AWAL MUHARRAM


Kami dari SkateMalaysia personally tujukan kepada:

1. Rakan-rakan yang telah berhijrah dari tak solat kepada menunaikan solat fardhu 5 kali sehari

2. Rakan-rakan yang tak pernah solat, dan kini sedang usaha belajar solat.

3. Rakan-rakan yang sebelum ini semuanya singkat, kini semakin hari semakin labuh menutup aurat. Ya, lelaki dan wanita

4. Rakan-rakan yang sebelum ini tegar menentang perjuangan Islam, kini ada yang telah syahid sewaktu menunggang motorsikal ke kelas pengajian alquran...

5. Rakan-rakan yang sebelum ini tidak menyembah Allah swt, kini semakin hari semakin kenal Allah swt sebagai RabbulA'lamin, Hanya Allah Swt tuhan yang berhak disembah

6. Rakan-rakan yang sebelum ini, benci kepada pengajian agama, benci nota-nota nasihat, benci kata-kata nasihat, kini, mereka sendiri yang berusaha mencari ayat alquran dan hadith dan disebarluaskan kepada rakan mereka pula.

7. Yang telah berhijrah dari dunia ke alam barzakh dengan Qalbun Salim....

8. Rakan-rakan yang sebelum ini cintakan dunia, tetapi kini cintakan Allah Swt, Cintakan Rasulullah Saw, cintakan asal kg halaman..akhirat.

9. Rakan-rakan yang sebelum ini hanya tahu fikirkan dunia sahaja..apa apa dunia..apa kesan di dunia..kini..dialah yang pertama bertanya "kalau aku buat begini, apa kesannya di akhirat kelak"

10...anda...anda yang ada niat mahu berubah ke arah yang lebih baik..inshaaAllah... ya anda!!


Akhir sekali, kepada yg mengenali kami juga...ampunkan segala kesilapan dan kesalahan kami dan sekeluarga......

1 comment:

akucoklatpink said...

hai..nk tny..kat mne nk cri brg2 skate area kL/kuantan ke..mcm trucks..wheels..or myb onine pny..thanks :)

Ads Inside Post