Tahniah diucapkan kepada lapan (8) atlet papan selaju negara yang akan mengibarkan Jalur Gemilang di Sukan SEA 2025, Bangkok, Thailand!
Pemilihan mereka dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta merujuk kepada kedudukan semasa melalui National Skate Ranking Points (NSRP).
Team Skateboard Malaysia akan dibimbing oleh pengurus pasukan Joseph Romey Dures bersama jurulatih terpilih; Mariss Khan dan Fatin Syahirah, yang turut menggalas tanggungjawab bagi membawa misi negara dengan semangat juang yang tinggi!!
Doakan kejayaan atlet kita — Mer Nullah Khan, Mahathir Nor Daniel, Arina Rahman, Adlan Anaqi, Adelia Haziqah, Alya Zahra, Nur Tia Adelisa, dan Nurhidayah — dalam misi mengharumkan nama negara di Bangkok!
Malaysia Boleh!
#MYSKATE #MySKATESB #TeamMalaysia #SEAGames2025








